Akhirnya, temasya Olimpik Tokyo akhirnya menutup tirainya dengan permaisuri diving kita Pandalela Rinong sebagai pemegang bendera di closing ceremony. Pada pendapat saya, Olimpik kali ini seharusnya diiktirafkan sebagai “Olimpik paling sukar” di mana persiapan terganggu menjelang temasya, dengan stadium sukan yang sepi, disebabkan pandemic Covid-19.
Akan tetapi, skuad Malaysia telah berjaya menyerikan and menyatukan rakyat jelata Malaysia dengan persembahan yang terbaik. Pedih hati ChongWei melihat air mata rakan-rakan seperjuangan dalam temasya ini. ChongWei tahu, rakyat tahu, negara tahu; anda semua telah melakukan yang terbaik demi bendera di dada. Syabas dan tahniah, boys and girls! Sekali lagi membuktikan yang Malaysia sememangnya…. BOLEH!
Khairul, Syaqiera, Azreen, Hup Wei, Zii Jia, Aaron, Wooi Yik, Soniia, Mei Kuan, Meng Yean, Peng Soon, Liu Ying, Azizul, Shah Firdaus, Dhabitah, Yan Yee, Pandelela, Jun Hoong, Mun Yee, Farah, Phay Xing, Khairulnizam, Shazrin, Nuraisyah, Juni Karimah, Suryani, Welson, Jing En, Kelly Tan and Gavin Green. Saya mewakili Team Malaysia dan rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada anda semua.
Walaupun berbezanya agama, berbezanya adat, dan dengan negara dalam kemelutan pandemik dan politik; kamulah yang menunjukkan melalui sukan di pentas dunia bahawa orang Malaysia ni kuat dan taat sayang kepada negara tercinta, negara kita, Malaysia kita. Bak lagu Ella, dan frasa ini 100% tepat menusuk hati,”Engkau terunggul, wajar standing in the eyes of the world”.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Olympic Council of Malaysia, Tan Sri Norza Zakaria , Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Reezal Merican Naina Merican , MSN, ISN atas kepercayaan ke atas saya sebagai Chief De Mission. I am proud of the team. Signing out.
Lee Chong Wei,
Chief De Mission of Malaysia Tokyo Olympics
A proud Malaysian 🇲🇾